Wednesday 5 September 2012

jangkitan usus




3 september 2012

nur nabihah diyanah anak dara aku yang comel muntah2 dari jam 2 pagi.....abi kerja.....tapi aku terpaksa telefon abi meminta abi balik awal.....jam 4 pagi abi balik.....nabihah sudah 7 kali muntah.aku dan abi mengambil keputusan untuk membawa nabihah ke hospital.....sampai di hospital di ruang kecemasan nabihah muntah lagi....sementara menunggu pemeriksaan doktor nabihah muntah lagi...bersirai di lantai hospital....jumpa sahaja doktor menyarankan nabihah ditahan diwad kanak2.....jam5:50 pagi nabihah terbaring di atas katil hospital....hanya air mata menemani aku....nabihah muntah2 tiada hentinye....doktor memasukkan air kebadan nabihah kerana nabihah kelihatan begitu lemah.....nabihah tidak pula menagis sewaktu memasukkan jarum dan sewaktu mengambil sample darahnya.....dia berserah seperti tiada rasa apa2....sudah 2 botol air dimasukkan....nabihah dah kurang muntah2....tapi dia mula cirit-birit....sudah 1tahun lebih dia tidak memakai pampers....tapi hari ini dia terpaksa memakai pampers....mengamuk2 dia sebab aku memakaikan dia pampers....18 keping pampers hanya digunakan dalam 1/2 hari.....doktor menambah lagi air....masuk ke 3 botol nabihah sudah kurang cirit-birit.aku telefon abi suruh abi buatkan nabihah teh o panas dan pekat....alhamdullillah nabihah nak minum teh o pekat 2....habis 1 botol 250ml....jam 9 malam badan nabihah tiba2 panas.setelah makan ubat,aku tidak berhenti membasahkan badan dan kepala nabihah agar suhu badannya kembali normal.jam 3 pagi nabihah mengerang sakit kepala dan badan.dia meminta aku mengurut seluruh badannya dan meminta aku menyapu minyak yuyi seluruh badannya....aku menyelimutkan nabihah dan aircond dalam bilik 2 pun aku matikan.....jam 5;30 pagi jururawat memeriksa tekanan darah dan suhu badan nabihah....alhamdullillah suhu badan nabihah sudah turun 37 darjah celcius...jam 6 pagi aku memberitahu nabihah aku nak solat dia meminta aku menyediakan bekas kerana dia kata tekak dia geli2....pulang dari solat besen yang aku tinggalkan pada nabihah penuh dengan muntah....dan ada bau busuk.....nabihah terberak ...pada awalnya doktor ada mengambil sample najis nabihah....4 september 2012 doktor memberitahu najis nabihah tidak mengandungi bakteria....tetapi nabihah mendapat jangkitan usus melalui air minum.....entah di mana kecuaian aku hingga anak aku mendapat jangkitan usus....aku tidak berhenti memujuk nabihah agar minum air teh o pekat dengan lebih kerap....jam 10:30 pagi abi datang dengan nafiz....nafiz kelaparan....abi membawa nasi lemak untuk aku menyuap nafiz....nafiz begitu lapar....sewaktu menyuap nafiz makan doktor sampai untuk memeriksa nabihah....doktor melihat anak kecil aku yang kelaparan apabila berjauhan dari aku....akhirnya doktor membenarkan aku merawat nabihah dirumah.ini kerana ada 2 sebab nabihah perlu dirawat dirumah...pertama nabihah alergi pada panesillin....jadi antibody nabihah tidak kuat jika berterusan duduk dihospital...bimbang nabihah dijangkiti lebih banyak penyakit.yang kedua doktor kasihan anak kecil aku yang sanggup kelaparan dan hanya mahu aku menyuap dia makan..jam 4 petang nabihah keluar dari wad....lapang kepala aku...dirumah aku memastikan semua benda yang terkena muntah n najis nabihah aku basuh dengan dettol....abi pula keluar membeli buah2an untuk nabihah....doktor menyenaraikan semua jenis makanan yang nabihah boleh makan untuk menggantikan antibiotik....ini kerana nabihah alergi pada panesillin....jadi nabihah perlu makanan lain untuk ubat2an....

No comments:

Post a Comment