Sunday, 5 February 2012

mee bandong sue


bahan-bahannye......

mee kuning
biskut merri(dikisar)
udang kering(dikisar)
udang segar
kacang tanah (di goreng dan dikisar)
daging(rebus dan air rebusan di gunakan sebagai kuah)
telur
sawi
tomato
tauhu(goreng dan potong nipis2)
lada kering(direbus dan dikisar)
bawang merah dikisar
bawang putih dikisar
garam
gula
ajinomoto
bawang goreng

cara-caranya......

tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak,kemudian masukkan daging dan tauhu,kacau rata kemudian masukkan air rebusan daging.apabila sudah mendidih,masukkan sayur sawi dan juga buah tomato,masukkan juga udang segar.kacau seketika,kemudian bolehlah pecahkan telur kedalam kuah tersebut....petrasakan dgn garam,ajinomoto dan gula secukup rasa.....hidangkan bersama mee kuning dan juga bawang goreng.....

mee udang sue

bahan-bahannya.....

udang
mee kuning
tauhu(dipotong dadu dan goreng)
bebola ikan(dipotong dan goreng)
kek ikan(dipotong dan goreng)
sawi
tomato
tauge
bawang goreng
biskut merri(dikisar)
lada kering(direbus dan kisar)
bawang merah(dikisar)
bawang putih(dikisar)

cara-caranya......

tumis semua bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak,kemudian masukkan semua bahan yang telah di goreng.gaul rata,kemudian masukkan air secukupnya....jangan banyak sangat nanti kuah cair.setelah menggelegak,masukkan udang,sawi dan tomato.perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.setelah sayur layu bolehlah matikan api.kemudian hidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur.jangan lupa letakkan tauge dan juga bawang goreng.....

lempeng gelembung dengan kari ayam

bahan-bahannya.....

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
air secukupnya
minyak masak(untuk menggoreng)

cara-caranya.......

gaul tepung gandum bersama minyak masak dan juga garam.kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.kemudian rahatkan doh selama 1/2 jam.tutup doh tadi menggunakan kain lembab.apabila mahu masak,canai doh tadi ikut suke lah.kalau nak besar canai besar2.kalau suke kecil canai kecil2.kemudian goreng lempeng tadi dengan menggunakan minyak yang banyak.lepas 2 bolehlah makan dengan kari,sambal,dalcha.....ikut suke lah......

murtabak meggi sue

bahan-bahannya......

meggi kari 2 bungkus
telur ayam 4 biji
bawang merah(dicincang halus)
bawang putih (dicincang halus)
minyakmasak(untuk menggoreng)

cara-caranya........

rendam meggi dengan air panas hingga kembang,kemudian toskan.pukul telur bersama rempah kari meggi dan  masukkan meggi,bawang merah dan juga bawang putih yang telah dicincang halus tadi.pukul hingga semua ramuan sebati.setelah itu panaskan minyak masak dan goreng murtabak meggi tadi hingga garing.terbalikkan kedua2 bahagian agar murtabak meggi sama garing.


rebung masak lemak bersama udang


bahan-bahannya......

rebung(dicelur)
udang(dibuang kulitnya)
santan kelapa
cili padi (dikisar)
bawang merah(dikisar)
bawang putih (dikisar)
halia(dikisar)
kunyit hidup(dikisar)
serai(diketuk)
garam
ajinomoto

cara-caranya......

masukkan semua bahan yang dikisar dan juga serai yang telah diketuk kedalam periuk,panaskan seketika.kemudian masukkan santan,rebung dan juga udang.tunggu hingga mendidih.kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.jaga kuahnya agar tidak pecah santan.setelah cukup ras bolehlah dimatikan api......

Saturday, 4 February 2012

sambal belacan cili padi

bahan-bahannya......

cili padi(di goreng)
belacan(di goreng)
gula
jus limau kasturi
ajinomoto
bawang merah(di goreng)

cara-caranya.....

tumbuk cilipadi,bawang merah dan belacan yang siap di goreng hingga lumat.kemudian masukkan gula,ajinomoto,dan juga jus limau kasturi......

sambal kicap

bahan-bahannya....

kicap
bawang putih
cili padi
minyak masak(untuk menggoreng)
gula

cara-caranya......

goreng bawang putih dan cili padi.kemudian tumbuk bahan-bahan tadi hingga lumat.kemudian masukkan gula tumbuk hingga berair.kemudian masukkan bahan-bahan yang telah lumat tadi kedalam mangkuk.selepas itu masukkan kicap secukupnya......kalau nak makan dengan mee sipot,tumbukkan kacang tanah goreng dan taburkan pada sambal kicap tadi....

mangga muda dengan budu

bahan-bahannya......

mangga muda(di racik halus)
budu
cili padi(di hiris halus)
bawang merah(di hiris halus)
limau nipis

cara-caranya......

mangga muda,budu,cili padi dan bawang merah disatukan didalam satu bekas.gaul rata dan perahkan jus limau nipis......

Thursday, 2 February 2012

resepi apam gula hangus

bahan-bahannya....

2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 susu besar mentega
2 cawan gula pasir(hanguskan)
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh bikarbonat
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air

cara-caranya.....

kisar telur,mentega,minyak masak,susu selama 5 minit.kemudian masukkan gula yang telah dihanguskan bersama tepung.kisar lagi hingga sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.selepas loyang@bekas kuih hendaklah disapu dengan mentega dan masukkan bahan-bahan tadi.kukus selama 40-45minit.

nasi beriani sue

bahan-bahannya......

1kg beras basmathi(basuh dah rendam 30 minit)
5sudu besar mentega(untuk menumis)
1tin susu sejat
bawang merah(di hiris)
bawang putih(dihiris)
halia(dikisar)
bawang merah(dikisar)
bawang putih(di kisar)
*bunga lawang
*kayu manis
*bunga cengkih
*buah pelaga
*serai
bawang goreng
daun ketumbar(dihiris)
pewarna makanan(kuning)
*daun pandan(simpul dan koyak2kan)
buah gajus
buah kismis
air ikut sukatan beras

cara-caranya.......

goreng buah gajus dan kismis hingga kekuningan.kemudian tumis pula bahan yang bertanda *.kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar.setelah naik bau,masukkan beras,kacau rata.kemudian masukkan susu dan juga air.kacau hingga rata.masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris bersama buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.kemudian masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.gaul hingga rata dan perasakan dengan garam secukup rasa.kemudian pindahkan masakan tadi kedalam periuk nasi elektrik.tekan cook.setelah nasi masak,dengan menggunakan chopstik,celup2kan pewarna makanan pada nasi yang telah masak tadi.....sekian......dah boleh makan......