Thursday, 2 February 2012

nasi beriani sue

bahan-bahannya......

1kg beras basmathi(basuh dah rendam 30 minit)
5sudu besar mentega(untuk menumis)
1tin susu sejat
bawang merah(di hiris)
bawang putih(dihiris)
halia(dikisar)
bawang merah(dikisar)
bawang putih(di kisar)
*bunga lawang
*kayu manis
*bunga cengkih
*buah pelaga
*serai
bawang goreng
daun ketumbar(dihiris)
pewarna makanan(kuning)
*daun pandan(simpul dan koyak2kan)
buah gajus
buah kismis
air ikut sukatan beras

cara-caranya.......

goreng buah gajus dan kismis hingga kekuningan.kemudian tumis pula bahan yang bertanda *.kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di kisar.setelah naik bau,masukkan beras,kacau rata.kemudian masukkan susu dan juga air.kacau hingga rata.masukkan pula bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris bersama buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi.kemudian masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.gaul hingga rata dan perasakan dengan garam secukup rasa.kemudian pindahkan masakan tadi kedalam periuk nasi elektrik.tekan cook.setelah nasi masak,dengan menggunakan chopstik,celup2kan pewarna makanan pada nasi yang telah masak tadi.....sekian......dah boleh makan......

No comments:

Post a Comment