al-fatihah buat nenek ku.....aku adalah cucu menantu kepada nenek kesayangan ku ini....aku tidak banyak berjasa padanya....namun perkenalan kami yang singkat selama 4 tahun ini cukup memberi aku seribu kasih sayang dan ilmu....walaupun aku hanya sempat menyuap nenek makan beberapa kali,ini sudah cukup memberi aku kenangan manis di antara aku dengan nenek....nenek,sue doakan nenek tenang disana....terima kasih diatas kasih sayang nenek dan nasihat nenek....aku terkilan kerana tidak sempat untuk mencium jenazah dan menguruskan jenazah nenek.....ini kerana aku berada di melaka....abi memang ada dikampung untuk menguruskan persekolahan adik ipar aku iaitu nadzri.....aku pulang kekampung dengan menumpang bakal biras aku yang bertolak dari kuala lumpur bersama adik ipar perempuan aku iaitu azila dan ena....anak kecil aku cukup memahami situasi ini.....air matanya berlinang hingga mengalir ke pipi membuatkan aku bertambah sebak.....dari melaka kami bertolak jam 10:30 pagi dan sampai di batu pahat jam 11:25 pagi....setibanya kami di perkarangan tanah kubur,kelihatan abi sedang mengorek liang lahat bersama ayah mertua aku,shafik dan juga beberapa orang kampung......melangkah sahaja aku ketanah kubur itu keranda diturunkan dan terus dikambus.....aku mengetap bibir menahan sebak dan selesai membaca talkin dan doa aku terus keluar dari kawasan perkuburan.....tidak ada kata yang boleh terkeluar dari mulut aku.....hanya doa yang mengiringi arwah nenek.....nenek sue sayang nenek.....mengimbas kembali detik-detik kemesraan kami bermula aku bergelar menantu dalam keluarga ini.....entah mengapa raut wajah yang lemah ini membuat aku senang dan tenang bila berbual dengannya......apabila nenek masuk wad aku mula menyuap nenek makan....hingga setiap kali pulang ke kampaung waktu makan tengahari akan aku pergi kerumah nenek dan menyuap nenek makan.....sambil menyuap aku mendendangkan lagu anak itik tokwi.....aku akan menyuruh nenek makan dengan lebih banyak agar gemok seperti aku....dan nenek akan ketawa,senyuman nenek hingga kini aku ingat....kali terakhir aku jumpa nenek 2 hari sebelum nenek meninggalkan kami....aku betul sedih.....kini tiada lagi nenek yang aku boleh suap....yang boleh aku cium.....yang selalu bercerita tentang hidup dan tiada lagi nenek yang akan bertanya mengapa aku muram.....
No comments:
Post a Comment