Wednesday, 9 January 2013
benjolan bawah ketiak@breast accessories
aku mempunyai benjolan bawah ketiak semenjak aku hamil anak pertama....tetapi sewaktu pemeriksaan kehamilan doktor memberitahu ianya kelenjar yang membengkak....namun setelah kelahiran,kelenjar itu semakin membesar dan amat menyakitkan.....setelah 2 hari bersalin susu badan mulai mencurah2.....ketiak aku pun mula basah......aku langsung tidak boleh merapatkan tangan aku pada badan dan aku hanya mengepak...demam susu menjadi2.....pada hari ke3 jururawat datang untuk memeriksa jahitan dan keadaan bayi,aku mengambil peluang untuk bertanya mengapa ketiak aku membengkak sebesar buah epal.....jururawat meminta aku menunjukkan padanya.aku tanpa berlengah menunjukkan bengkak di ketiak aku....jururawat mengutis lebihan daging yang ada pada ketiak aku....dia menyuruh aku berjumpa dengan doktor.aku dan suami pun terus ke hospital dan berjumpa dengan doktor.setelah pemeriksaan doktor mendapati lebihan daging sebesar batang pensil itu adalah puting....dan ianya ada pada kiri dan kanan ketiak aku....doktor memicit puting itu dan memancutlah susu.patutlah setiap kali anak aku menyusu ketiak aku pun turut basah....ini bermakna aku mempunyai 4 payudara.hamil anak yang kedua breast accessories ini semakin membesar namun pengalaman pertama sudah mengajar aku cara untuk mengurangkan bengkak....caranya sama sahaja dengan menggunakan kobis sejuk tekap pada bahagian yang bengkak....tapi sekarang setelah aku tidak lagi menyusukan anak,breast accessories ini tetap membesar setiap kali aku nak datang bulan.dan ianya membuatkan aku rasa tidak selesa....aku akan meneruskan rawatan dengan doktor dan kalau boleh aku nak buang......nak pakai baju susah...nak pakai baju dalam pun payah.....allah menguji umatnya kerana allah tahu umatnya mampu menghadapinya.....insyaallah aku akan berjuang untuk membuang breast accessories ni.....sakit.....kalau tak sakit tak apa.....yang buat aku bertambah tidak selesa apabila nak datang bulan.dia membengkak dan amat sukar untuk aku mengepit tangan......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi ka nak tanya sikit,aka buat operation ini ,ada sakit urat tak kt tangan?
ReplyDeleteSalam.. Nk tanya..sy rasa sy pn ada jgk mcm sis.. Tp skrg ni mngandung ank first...bru nk msuk 3 bln...kalau kita x buang x boleh ke ? Kalau buat pembedahan berapa kos ? Mahal x ?
ReplyDelete