Tuesday, 29 January 2013
lambat lagi ke????????
hari ni dah 30.1.2013.....aku masih menunggu panggilan telefon dari hospital....tapi masih belom ada......entah sampai bila aku harus menunggu.....setiap apa jua yang aku lakukan sekarang serba tak kena....selagi aku belom buang accessories breast aku ni,selagi itulah aku tidak tenteram.....nampak bendanya sedikit tapi akibatnya kita tidak tahu....hanya allah yang tahu betapa peritnya perasaan aku sekarang....entah bila lah hospital nak telefon aku.....buat masa ini aku mengurangkan tekanan aku dengan makan....setiap kali aku nampak makanan aku akan makan walaupun aku dah kenyang....kadang2 selepas makan aku muntah sebab perut tidak boleh menerima makanan....tetapi hanya dengan makan aku dapat lupakan masalah aku.....apatah lagi kawan baik ku baru sahaja buang separuh dari isi payudara dia yang rosak akibat nanah didalam payudara.....orang lain semua akan cakap alah sikit jek 2.....nanti-nanti baik le 2...tapi siapa yang menanggung????????mereka yang berkata-kata atau pun aku???????setiap kali aku terjaga diwaktu malam hanya doa yang aku mampu pohon dari allah agar melancarkan segala urusan aku.....setiap hari suami aku bawa pergi jalan2 untuk menikmati kehidupan tapi hati aku tetap tidak tentu arah......segala macam aku fikirkan.....semalam abi bawa pergi mahkota parade.....aku beli 2 helai baju....ingatkan aku terlepas dari perasaan runsing aku rupanya tidak.....balik rumah aku cuba baju 2.....ternyata jelas kelihatan accessories breast aku yang semakin menonjol keluar.....ada juga kawan2,jiran tetangga,dan saudara mara yang tertawa apabila melihat ciptaan allah pada aku......tetapi mereka tidak perasan yang aku sebenarnya terluka......syukur kerana allah memilih aku sebagai hambanya yang di uji.....syukur kerana allah menyayangi aku dan masih memberi aku nikmat merasai anugerah yang tidak ternilai ini.....ya allah kau mempermudahkanlah segala urusan ku......ya allah lambat lagi kah aku harus menunggu???????ya allah apakah rancangan kau pada ku????????ya allah aku bersyukur kau memilih aku.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment