Sunday, 29 January 2012

kuah roti jala

bahan-bahannya............

daging(direbus hingga empuk)
lobak merah(di dadu)
kentang(di dadu)
kacang panjang(patah-patahkan je)
rempah kari
santan
bawang merah(di kisar)
bawang putih(di kisar)
halia(di kisar)
lada kering(di rebus dan dikisar)
asam keping

cara-caranya......

tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau.masukkan rempah kari.gaul hingga pecah minyak.masukkan sayur-sayur gaul seketika dan masukkan sedikit air.tunggu hingga sayur empuk.masukkan pula daging,santan dan asam keping.perasakan dengan garam dan serbuk perasa.apabila dah mendidih boleh lah ditutup api......

ikan pari masak kuah lada

bahan-bahannya.....

ikan pari
*lada kering(di rebus)
halba
*bawang merah
*bawang putih
*kunyit
*halia
*ketumbar
*jintan manis
*jintan putih
daun kesum
air perahan asam jawa
rempah kari

cara-caranya.....
kisar semua bahn yang bertanda *.kemudian tumiskan halba hingga kekuningan.selepas itu tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak.apabila sudah pecah minyak,masukkan sedikit rempah kari.kacau hingga sebati dan rempah masak.masukkan ikan pari.gaul rata.kemudian masukkan air perahan asam jawa secukupnya.masukkan juga daun kesum.perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.apabila sudah mendidih,boleh lah dimatikan api......

kuah popiah warisan mak

bahan-bahannya.....

lada merah
bawang putih
air perahan asam jawa
gula

cara-caranya.....

kisar bawang putih bersama lada merah hingga hancur.rebus bahan yang telah di kisar bersama sedikit air.tambahkan sedikit air perahan asam jawa.perasakan dengan sedikit gula.......rebus hingga menggelegak.....

paprik campur

bahan-bahannya.....

sotong
udang
daging
ayam
cendawan
bunga kobis
putik jagung
daun limau purut
lobak merah
kacang panjang
bawang merah(di hiris)
bawang putih (di hiris)
cili padi(di hiris)
serai(diketuk)
sos tomato
sos tiram
cili kering(di rebus dan dikisar)
kicap sotong

cara-caranya............

tumis cili kering yang telah dikisar hingga pecah minyak,masukkan serai dan daun limau purut.kacau hingga naik bau.kemudian masukkan semua jenis bahan basah.kacau seketika,kemudian masukkan semua jenis soso dan kicap sotong.perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.kalau nak letak ajinomoto pon boleh.....apabila lauk hampir kering,barulah masukkan semua jenis sayur.......gaul hingga sayur separuh layu dan boleh diangkat......

jemput-jemput ikan bilis

bahan-bahannya......

tepung gandum
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
garam
ajinomoto
minyak masak air

cara-caranya....

tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan bilis bersama garam dan ajinomoto separuh lumat.kemudian campurkan bersama tepung gandung didalam bekas besar.tambahkan air secukupnya.....jangan terlalu pekat dan jangan pula terlalu cair.goreng didalam minyak yang banyak,dengan api yang sederhana.goreng hingga jemput-jemput kekuningan.....

udang goreng kunyit

bahan-bahannya.....

udang
lada hijau(dihiris)
bawang merah(di hiris)
bawang putih(di hiris)
serbuk kunyit
garam
ajinomoto(sape tak guna tak payah letak)

cara-caranya.....

gaul udang bersama serbuk kunyit,goreng sehingga udang bertukar warna.kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa.gaul hingga sebati dan boleh ditutup api.udang tidak perlu dimasak terlalu lama.....

pencok

bahan-bahannya.....

nanas(di hiris)
timun(di hiris)
bawang merah(di hiris)
cili merah(di hiris)
cili hijau(di hiris)
gula
cuka

cara-caranya....

satukan kesemua bahan-bahan diatas didalam sebuah mangkuk yang besar,perasakan dengan gula dan sedikit cuka.....

Thursday, 26 January 2012

kuih keria warisan mak

bahan-bahannya......

keledek(rebus hingga empuk)
tepung gandum
garam
gula

cara-caranya.....

keledek yang telah direbus empuk hendaklah dipenyek-penyek hingga hancur,kemudian uli bersama tepung gandum dan secubit garam.adunan yang terlalu banyak tepung nanti kurang rasa keledek,tidak perlulah ditambah air kerana keledek yang direbus tadi sudah mengandungi air,adunan tidak boleh terlalu keras,adunan seperti mahu buat kuih cekmek molek.kemudian bentukkan seperti roda.selepas itu gorenglah kuih tadi.toskan minyaknya agar kuih tidak berminyak.gula pula tuang kedalam kuali,sekiranya gula 3 cawan,air hanya perlu 1 cawan sahaja.masak air gula tadi hingga likat.apabila air gula sudah likat,masukkan kuih keria tadi.gaul hingga gula beku........siap lah sepenuhnya......senangkan warisan mak saye......

Wednesday, 25 January 2012

pucuk paku merah masak asem

bahan-bahannya......

pucuk paku merah
cili api
belacan
bawang merah
ikan bilis
air perahan asam jawa
garam
gula
ajinomoto
air

cara-caranya.....

tumbuk bawang merah,belacan cili api,ikan bilis,masukkan didalam periuk bersama air perahan asam jawa....hidupkan api,apabila dah mendidih masukkan sayur pucuk paku merah.tambahkan garam,gula,ajinomoto secukup rasa......kalau suke masam,lebihkan air perahan asam jawa.....bile dah layu tutp r api.....syok kalo makn mase kuah masih panas2.....

pencuci mulut ayin

adik ipo aku yang sorang ni mang suke mencube pelbagaikan rasa makanan......hari ini dalam sejarah hidop aku yang mane adik ipo aku ajar aku makan kuih kaswi dengan ais krim......sedap......mule-mule cam tak caye jek....tapi bile dah cube terangkat cik ooiiiii........bukan kate aku je yang suke anak2 aku pon suke.....pas ni kalo wat kuih kaswi lagi aku kena sediakan ais krim jugak.....

spaghetti olio sue

bahan-bahannya....

spaghetti(di rebus dan toskan)
cendawan
udang(kupas kulitnya)
bawang kuning(di cincang)
bawang putih(di cincang)
lada hitam(di tumbuk)
serbuk lada putih
lada kering(di hiris)

cara-caranya.....

tumis semua bahan yang dicicang bersama lada hitam dan lada kering hingga naik bau,kemudian masukkan cendawan dan udang gaul rata,setelah udang bertukar warna,masukkan spaghetti dan serbuk lada sulah.jangan lupa masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.gaul hingga sebati semua bahan dan boleh r makan......aku tak letak daun pasli sebab aku tak suke......

Tuesday, 24 January 2012

sayur goreng nasi ambeng

bahan-bahannya....

tempe(dipotong dan goreng)
tauhu(dipotong dan goreng)
kentang(dipotong nipis dan goreng)
kacang panjang dihiris
kobis di hiris
bawang besar dihiris
bawang putih dihiris
lada merah dihiris
lada hijau dihiris
ikan bilis
udang basah
soohoon di rendam(potong bila dah lembut)
kulit tauhu direndam(potong bila dah lembut)

cara-caranya....

bawang besar,bawang putih,lada merah,lada hijau,ikan bilis ditumis hingga naik bau,kemudian masukkan udang basah,gaul seketika dan masukkan semua bahan-bahan yang tersedia......perasakan dengan garam dan ajinomoto(sape xgune ajinomoto xpayah letak)secukup rasa.kacau hingga semua jenis sayur masak.kalau nak letak kicap pon boleh.....kalau nak letak pedal ayam pon boleh.....

kuih kaswi warisan mak


bahan-bahannya....

tepung gandum 2 cawan
tepung ubi 3 sudu besar
gula merah 1 cawan(masak dengan 1 1/2 cawan air dan sejukkan)
gula pasir 1 cawan
kapur makan 2 sudu besar(bancuh dengan air)
kelapa muda parut(ambil yang putih sahaja)
sedikit garam
air

cara-caranya......

tepung gandum,tepung ubi,secamca garam,gula pasir dan kapur yang telah dibancuh bersama air digaul sebati di dalam bekas besar,kemudian tapiskan air gula merah kedalam adunan tepung tadi,masukkan juga air,gaul hingga sebati,adunan hendaklah pekat sedikit dari bancuhan membuat lempeng.jangan cair sangat nanti lembik.apabila sudah sebati,kisar semua bahan dan tapiskan kedalam loyang yang telah di griskan dengan sedikit minyak@mentega.kukuskan adunan tadi selama 40 minit......apabila sudah masak,sejukkan dulu sebelum dipotong......apabila sudah sejuk dan boleh dipotong,taburkan kelapa yang telah digaulkan dengan sedikit garam......mudahkan......

Monday, 23 January 2012

lemak nanas dengan ikan kurau masin


bahan-bahannya.....

ikan kurau masin
nanas muda(dicelur)
santan
cili padi(di kisar)
bawang merah(di kisar)
bawang putih(di kisar)
kunyit(di kisar)
halia(di kisar)
garam
ajinomoto(bagi yang tak makan tak payah letak)

cara-caranya.....

masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk,masukkan juga santan.....baru r kite hidupkan api.....bila bahan dengan santan dah sebati masukkan ikan kurau masin,bila dah menggelegak masukkan pula nanas muda yang dah di celur.....perasakan dengan garam,ajinomoto secukup rasa.....dah mendidih tutup lah api.....

udang galah masak sambal


bahan-bahannya.....

udang galah 2 kg
lada kering(di rebus dan di kisar)
bawang merah(di kisar)
bawang putih(di kisar)
santan(1 cawan)
belacan(di kisar)
gula
garam
ajinomoto(sape2 yg tak makan tak payah)
air perahan asam jawa

cara-caranya....

tumis semua bahan yg dikisar hingga pecah minyak,kemudian masukkan udang galah gaul seketika hingga udang bertukar warna,kemudian masukkan santan...kacau hingga pekat barulah masukkan gula,garam dan ajinomoto secukup rasa.....akhir sekali masukkan air perahan asam jawa....kacau hingga pekat sedikit.....bila dah pekat,rasa dah cukup dengan selera boleh r matikan api......kalau nak masukkan bawang potong pun boleh......

Sunday, 22 January 2012

cendawan telinga kera

aku mang suke cendawan ni.....tp yang paling aku suke kalo cendawan nie goreng cili api......kalo nak sedap lagi tambah dengan udang basah.....cendawan nie kalo yang kering banyak jual kat kedai......aku tak kesah kering ke basah ke semua aku sebat........

bahan-bahannya.....

cendawan telinga kera
cili api(di tumbuk)
bawang merah(di tumbuk)
bawang putih(di tumbuk)
belacan@ikan bilis(di tumbuk)
udang basah(di buang kulit)

cara-caranya.......

tumis semua bahan yang di tumbuk hingga naik bau,kemudian masukkan udang,gaul seketika.....kemudian masukkan cendawan telinga kera......disudahi dengan memasukkan garam dan serbuk perasa(bagi yang menggunakan serbuk perasa) secukup rasa......gaul rata dan boleh angkat

Tuesday, 17 January 2012

melegakan senggugut

orang kata kalau dah kahwin senggugut akan hilang....tapi bagi aku tidak....walaupun sudah mempunyai 2 orang anak,aku masih lagi senggugut dikala aku datang bulan.aku tidak gemar memakan ubat untuk melegakan senggugut kerana bimbang aku akan terus memakan ubat bila senggugut menyerang....caranya mudah sahaja,aku akan memakan nanas muda pada hari pertama datang bulan....aku juga tidak akan minum minuman berais dan sejuk....aku lebih gemar minum air suam ataupun hangat sedikit kerana dengan minum air yang hangat darah akan lancar.aku juga menuam perut dengan tungku yang dipanaskan.jika tidak ada tungku guna starika pon boleh.....pasir yang disangan pun boleh digunakan untuk menuam perut....aku juga mengelakkan minum air teh sewaktu datang bulan....kerana teh bersifat sejuk.....ada orang kata nanas tajam....sebenarnya nanas amat bagus....ia boleh melancarkan peredaran darah.....aku juga minum milo kosong panas,jika milo tidak ada aku akan minum koko kosong panas.tidak perlulah ditambah dengan gula.kalau tidak ada kedua-dua jenis minuman tu aku makan coklat senang je.aku juga menyapu minyak panas pada kedua-dua belah betis,pinggang dan perut.

Monday, 16 January 2012

tips diet yang baik

*minum cukup air putih setiap hari,sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
*pilih makanan ringan yang boleh dimakan di malam hari dan elakkan makan makanan berat.anda boleh makan beberapa keping biskut,atau buah-buahan sebagai makanan ringan.
*nikmati makanan kegemaran anda tanpa ragu-ragu,namun dalam kuantiti yang sedikit.
*makan kudap-kudapan menyihatkan di waktu siang,di antara waktu makan utama agar anda tidak terlalu lapar ketika menikmati waktu makan utama.
*ambil makanan yang mengandungi protien pada menu makanan anda.
*pelbagaikan variasi makanan dengan campuran rempah ratus yang pedas agar anda puas menikmati hidangan.
*simpan stok makanan yang bernutrisi seperti buah-buahan,kekacang atau roti gandum.
*tukar menu makanan berat seperti nasi atau pasta dengan sayur-sayuran segar.ini membantu anda mengurangkan 100 hingga 200 kalori setiap hari.

Sunday, 15 January 2012

mengenai tauge

tauge kaya dengan serat dan air.selain itu,zat-zat seperti vitamin,mineral,asid amino,protien,dan fitokimia yang amat diperlukan oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.tauge dan kecambah-kecambah yang lain merupakan makanan yang paling padat nutriennya(kepadatan nutrien merujuk kepada jumlah kalori).kerana itu,ramai orang yang makandiet kalori rendah menjadikan tauge dan kecambah-kecambah lain sebagai bahan utama dalam diet mereka,untuk memudahkan pencernaan.tauge juga membantu membuang kotoran dan mencegah pengumpulan bahan beracun yang boleh meransang benih-benih kanser.cavananine iaitu sejenis asid amino di dalam tauge dikatakan  mampu menjauhkan sel-sel kanser seprti kanser usus besar dan pankreas.selain itu,kandungan antioksida yang kuat menghalang radikal bebas dari tubuh.wanita yang mengamalkan memakan tauge dapat menjauhkan diri dari risiko kanser payudara,PMS,genjala-genjala dan gangguan menopaus.estrogen di dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan susunan tulang,sekaligus mencegah osteoporosis.khasiat tauge baik untuk kesuburan lelaki dan wanita kerana ia membantu menjadikan masing-masing sperma dan telur yang dihasilkan kedua-dua jantina ini menjadi lebih baik.sewaktu tauge dicambahkan,kadar saponi yang bertanggungjawab menghalau lemak jahat di dalam badan akan meningkat.oleh itu,mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disarankan mengambil lebih banyak tauge dalam diet mereka sehari-hari.

delima turunkan berat badan

berat badan yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan.atasinya dengan mengambil buah delima muda,kemudian kikis kulitnya.kisar buah delima tersebut bersama secubit garam dan segelas air suam.tapis air tersebut.sejukkan didalam peti sejuk dan minum selepas makan tengahari.amalkan seminggu sekali.....

Friday, 13 January 2012

doa yang di sunatkan untuk diamalkan selepas sembahyang fardhu bagi ibu hamil

"Ya Allah,peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah ia,Engkau Maha Penyembuh.Tiada sembuhan melainkan penawarMu,sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk.
"Ya Allah,elokkanlah akhlak(perangai),fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadisMu.Dengan berkat Nabi Muhammad SAW"

amalan memakan buah-buahan

*makanlah buah limau(oren),kerana ia mengemaskan bebenang jantung dan menambahkan fikiran.
*makanlah buah anggur satu persatu(sebiji demi sebiji)kerana cara ini lebih berkhasiat.
*banyakkan memakan buah terung.sesiapa yang memakannya sebagai penyakit,maka ia akan menjadi penyakit.dan sesiapa yang memakannya sebagai ubat maka ia akan menjadi ubat.
*jika Allah mempunyai pohon yang lebih ringan daripada peria,maka sesungguhnya Dia SWT akan membuatnya untuk saudara kita Nabi Nuh a.s.peria baik untuk kencing manis dan darah tinggi.
*jika kamu bercadang hendak memasak sup(kuah),dianjurkan supaya memasukkan labu kedalamnya kerana sesungguhnya ini menambahkan fikiran dan akal.
*makanlah buah-buahan pada awal musim kerana ia menjana kesihatan kepada badan dan menghindarkan penyakit.sebaliknya hindarilah buah-buahan pada hujung musim kerana ia membawa penyakit kepada badan.
*jangan mengambil makanan yang masam seperti jeruk dan epal hijau.(jeruk masam boleh melemahkan ingatan.)

kelebihan buah tembikai

*kaya dengan vitamin c yang baik untuk mata dan kulit.
*sangat sesuai dijadikan pencuci mulut selepas atau sebelum makan.
*banyak mengandungi air.
*baik untuk melawaskan sistem penghadaman makanan.
*membersihkan dan mewangikan mulut
*memutihkan gigi.

memakan tembikai sebelum masa makan membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit.Rasulullah SAW memakan timun dengan garam.jika Baginda memakan tembikai,ia dimakan dengan buah-buahan segar dan keju.sering juga Baginda makan tembikai sahaja.

penyebab penyakit lupa

penyakit lupa lazimnya menyerang orang yang telah berusia.namun orang muda juga tidak terkecuali.pemerhatian orang soleh mendapati bahawa ada beberapa penyebab penyakit lupa.

PUNCA LUPA

*makan makanan dan minuman yang telah dimasukki serangga.
*makan kepala ikan.
*makan organ dalaman haiwan.
*makan epal masam(epal hijau).
*membaca tulisan di atas batu nisan di tanah perkuburan.
*sering melihat kemaluan,termasuk kemaluan sendiri tanpa sebab.
*melihat najis ketika buang air besar.

keburukan bayi berumur di bawah 4 bulan diberikan makanan selain susu ibu:

*bayi belum bersedia menerima makanan pepejal kerana kuasa penghadamannya masih kurang.
*mudah mendapat alahan.
*buah pinggang bayi masih belum kuat untuk membuang sisa-sisa makanan akibat penghadaman.
*kemungkinan boleh merosakkan usus.
*boleh mengakibatkan kegemukan.

kelebihan anak yang menyusu ibu

*watak anak lebih lembut.
*emosi anak stabil.
*pembesaran anak yang berwatak yakin dan berani.
*anak tidak mudah menerima tekanan jiwa.
*minda anak lebih cemerlang.
*fizikal anak lebih kebal kepada penyakit.
*anak lebih mengasihi ibu serta adik-beradiknya.

amalan minum

jangan minum ketika makan.enzim yang dikeluarkan oleh air liur dan saluran makanan yang tugasnya menghadamkan makanan tidak berfungsi dengan berkesan apabila minum ketika makan.sebaik-baiknya minumlah setengah jam selepas makan.

air kosong adalah raja segala minuman di dunia dan di akhirat.apabila dahaga,minumlah air sedikit demi sedikit dan jangan gelojoh atau minum dengan satu nafas.meminum air dengan gelojoh(sekali teguk untuk satu gelas)mendatangkan penyakit.

PERINGATAN

*jangan bernafas di dalam bekas minuman.
*jangan makan dan minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan tertentu sahaja atau tidak ada pilihan lain(terdesak).

SERANGGA DI DALAM AIR MINUMAN

*elakkan meminum air yang mengandungi serangga di dalamnya.
*apabila jatuh serangga bersayap yang tidak berdarah ke dalam makanan atau minuman lalu mati,bangkainya termasuk najis yang dimaafkan.buangkan bangkai tersebut dengan sudu sebelum airnya diminum atau makanan itu di makan.
*jika serangga yang terbang seperti lalat jatuh ke dalam minuman,maka jangan terus dibuang air tersebut.tenggelamkan serangga itu dan kemudian buang.maka air itu selamat untuk diminum.dikatakan sebelah sayap serangga membawa racun sementara yang sebelah lagi membawa penawar,wallahu'alam.
*dari segi kesihatan,membuang terus minuman yang telah dicemari serangga lebih utama.

terapi air

selepas bangun pagi,baca selawat ke atas Nabi,kemudian minum 5 gelas air kosong.Insya-Allah,ia dapat menyah toksinkan badan dan memelihara tubuh daripada penyakit.kalau anda tidak biasa,mulakan dengan minum 2 gelas air dahulu.kemudian ditambah segelas demi segelas setiap hari.(Anda tidak perlu gosok gigi terlebih dahulu)